Wednesday, January 19, 2011

macam-macam cerita: Tanda-tanda bersalin

macam-macam cerita: Tanda-tanda bersalin: "Tinggal beberapa minggu lagi nak due date....hmm.....Macam mana ek nak tahu masa tu kita memang dah nak bersalin......Ist baby aku ceaser......"

Tanda-tanda bersalin

Tinggal beberapa minggu lagi nak due date....hmm.....Macam mana ek nak tahu masa tu kita memang dah nak bersalin......Ist baby aku ceaser....so 2nd nie hope dapat normal...nak jugak rasa nikmat baby kuar cara normal.....

Macam-macam pesanan aku dapat antaranya turun tanda darah+lendir, turun air mentuban, sakit yang kerap dalam masa 5-10 minit.....Tapi.......semua orang sama ker........aku nanati camna...dapat ke kenal pasti tu sakit nak bersalin....wat malu jer bila gi spital konon nak bersalin tapi....bukan sakit nak bersalin sebenarnya....

Tanda-tanda hendak bersalin 

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiri

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila: 
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

kelemumur di kalangan bayi (mencukur rambut bayi)

kelemumur di kalangan bayi....hmm..biasanya selepas beberapa bulan pasti hilang jika dibersihkan..tapi anak aku masih dihantui dengan masalah ini. kasihan aku melihat dia...ada yang kata sawan....

Mungkin silap aku....tidak mencukur rambut anak aku dulu....orang kata rambut dalam rahim tak berapa elok.....So kalau cukur boleh membuang segala kotoran dari dalam rahim yang terlekat pada bayi.hmm..lain kali aku akan cukur rambut anak aku..tak nak berulang lagi kesilapan....kasihan anak aku yang menangung akibatnya...lafi pun itukan sunat muakad dalam Islam...

tahulah kalau kelemumur pasti gatal......paling menyedihkan ia membantutkan kesuburan rambut anakku.....So...bahagian yang serius rambut tumbuh jarang.....apabila tak disapu minyak... kepala akan kelihatan sangat kering.... Hampir 4 tahun.....pelbagai cara dan ubat aku gunakan stil x berkesan....tak lama lagi aku akan melahirkan seorang lagi bayi...adakah bayi aku kali ini akan hadapi masalah yang sama??

Antara nasihat yang aku ikut....

  • bersihkan dengan baby oil......tapi bila dibersihkan kepala anak aku akan kemerahan...sakit agaknya. kadang2 dia jerit sakit bila nak dicuci
  • guna santan kelapa...sama jugak impaknya
  • gunakan syampu khas-cradle cap shampoo.... hasilnya tetap sama
  • ambil beberapa biji limau nipis dan dibelah 2, kemudian sapukan diatas kepala dalam masa 30minit, kemudian cuci dgn air yang bersih. amalkan 2 kali seminggu sebelum mandi...yang ini lagi menjerit la dia..
  • berubat cara tradisional pun sama jugak tidak membuahkan hasil....
  • pernah pergi pakar rambut...tapi tak berhasil gak..so aku stop treatment sebab banyak kes yang tak sedap didengar berlaku....ye la.....bayar beribu...tapi hasil kosong.......
  • Sekarang ni aku just apply minyak gamat....yang agak busuk baunya.....tak pasal2 anak aku kena menahan busuk minyak gamat tu.....itupun tak tahu lg hasilnya....

Mencukur rambut bayi merupakan sunah Mu’akkad, baik untuk bayi laki-laki
maupun bayi perempuan yang pelaksanaannya dilakukan pada hari ketujuh
dari kelahiran dan alangkah lebih baik jika dilaksanakan bersama
dengan aqiqah. Hal tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Rasulullah
SAW bersabda: “Setiap yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya
yang disembelih pada hari ketujuh dari kelahirannya dan dicukur rambutnya
serta diberi nama? (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)


Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda : “Hilangkan
darinya kotoran? (HR. Al-Bazzar)

Mengenai faedah dari mencukur rambut bayi tersebut, Ibnu Al-Qoyyim
berkata: “Mencukur rambut adalah pelaksanaan perintah Rasulullah
SAW untuk menghilangkan kotoran. Dengan hal tersebut kita membuang rambut
yang jelek/lemah dengan rambut yang kuat dan lebih bermanfaat bagi kepala
dan lebih meringankan untuk si bayi. Dan hal tersebut berguna untuk
membuka lubang pori-pori yang ada di kepala supaya gelombang panas bisa
keluar melaluinya dengan mudah dimana hal tersebut sangat bermanfaat
untuk menguatkan indera penglihatan, penciuman dan pendengaran si bayi? (Athiflu Wa Ahkamuhu, hal 203-204)


Kemudian rambut yang telah dipotong tersebut ditimbang dan kita
disunahkan untuk bersedekah dengan perak sesuai dengan berat timbangan
rambut bayi tersebut. Ini sesuai dengan perintah Rasulullah SAW kepada
puterinya fatimah RA : “Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan
bersedekahlah dengan perak sesuai dengan berat timbangan rambutnya kepada
fakir miskin? (HR Tirmidzi 1519 dan Al-Hakim 4/237)


Dalam pelaksanaan mencukur rambut, perlu diperhatikan larangan Rasulullah
SAW untuk melakukan Al-Qaz’u, yaitu mecukur sebagian rambut dan
membiarkan yang lainnya (HR. Bukhori Muslim). Ada sejumlah gaya mencukur
rambut yang termasuk Al-Qaz’u tersebut :


a. Mencukur rambut secara acak di sana-sini tak beraturan.

b. Mencukur rambut bagian tengahnya saja dan membiarkan rambut di sisi

kepalanya.

c. Mencukur rambut bagian sisi kepala dan membiarkan bagian tengahnya

d. Mencukur rambut bagian depan dan membiarkan bagian belakang atau
sebaliknya.


Demikianlah tuntunan Rasulullah SAW dalam hal mencukur rambut bayi yang
baru lahir, mudah-mudahan kita semua diberi hidayah oleh Alloh SWT agar
terus bisa menghidupkan sunah Rasulullah SAW tersebut. Ami