Monday, April 4, 2011

nukilanku....hehehe.....mana tau ada yang nak jadikan lirik lagu

Berbaloikah segalanya...

Pelbagai tohmahan padamu kutepis
bersungguhku pertahankanmu
sepenuh keyakinan ku teguhkan pendirian
sememangnya kau menyayangiku
dan tak mungkin hati ini dilukai


ku tetap memilihmu
ku tetap menyayangimu
biarpun lukaku parah
biarpun parutku dalam
kupujuk hati melupakan segalanya

ku beerdosa padanya
demi pertahankanmu
ku buat dia menangis
kumohon peluang buatmu

menangis aku dalam dilema
merintih jiwa menanggung sengsara
berbaloikah segalanya

Berikan bahagia itu

perjalanan penuh liku
kuharungi pahit manis hidup

peritnya sejarah terlakar
disaat diri dihina dan dilupa
terhiris luka dihati
entah bila kan terubat

kukuatkan hati...ku bina keyakinan
kupujuk hati cdemi mencari bahagia

terkadang sepi menyelubungi
resah hatiku berkecamuk
tercari-cari cinta yang dulu
ternanti-nanti belaian kasihmu
teringin merasa diri dirindu kembali

tuhan buktikanlah
tunjukkan kasihnya untukku
berikan bahagia itu padaku
selubungilah rindunya untukku

kukuatkan hati...kubina keyakinan
kupujuk hati demi mencari bahagia
tuhan berikan aku rasa bahagia itu
dicintai dan disayangi olehmu duhai sayangku



Penat....

Penatnya....
tak tertanggung rasa...
kukuatkan semangat
demi menjagamu

menitis airmata dikala penat menyelubungi
sebak hati dikala mengenang nasib
namun kukuatkan semangat
demi cinta dan kasihku

penat..
berbaloikah segala usaha...
namun kutetap berusaha
menjadikan ia berharga

penat...
hilang segala kepenatan
bila aku dipeluk
kembali semula semangat

bila dibelai dan dimanja
kembalikan segalanya seikhlasnya

moga penat ini
diakhiri kebahagiaan
untuk ku mulai perjalanan dengan semangat baru
Biarkan aku
Biar haarapanku setinggi langit
tapi tak inginku menjadi burung
biarlah aku menjadi aku
yang berpijak di bumi yang nyata

kan ku capai impian 
dengan sedaya usaha
bersama semangatmu kan kuharungi

ku tak perlu sakti itu
untuk ku terbang menggapai bintang
cukup sekadar saktimu membawaku  ke sana

Biarlah aku bersama semangatmu
meniti bahagia mengejar cita
biarlah aku bersama cintamu
mengharungi hidup yang pasti sempurna

kini impian semakin kugapai
bersama doamu ku berlari
melonjak mecapai gemilang
biarlah aku menjadi aku
diselubung cintamu demi menerangi hidupku


 
Pasti bahagia

Kita semua insan biasa
memang lumrah manusia
hati dipenuhi rasa cinta
tiada putus mencari cinta

Mengapa mengejar cinta 
insan yang telah dimiliki
hingga sanggup meremuk
hati insan yang setulusnya mencinta
mengapa tergamak menjadi
dalang kemusnahan istana suci

kerana kau mampu berfikir
andai dirimu berhati baik

bagaimana mahu menikmati cinta 
andai merosak cinta yang lain
bagaimana mahu mengecxap bahagia
andai memusnah bahagia insan lain

Fikirlah teman
tak perlu menjadi pemusnah
kau pasti mengecap bahagia



Terima kasih

Kita bermula dengan sempurna
katamu tak mampu jauh dariku
kita membina istana cinta
ikatan disinari cahaya bahagia
disaat dikurnia penyeri istana

Tak kuduga bergoyah hatimu
di saat masa membawa kita jauh
Namun ku bersyukur kau tersedar
bahagiamu disini di istana suci ini

Terima kasih sayang
kumohon darimu terimalah cinta suci ini seadanya
sinarilah hidup dan istana ini dengan cintamu
lengkapilah hidup kami dengan kasih dan kesetiaanmu
Ku bersyukur...masih diizinkan menikmati cintamu


Kaulah sinar

Hadirmu memberi sinar bahagia
kau menyinari gelapku
kaulah cahaya hidupku
memberi aku kekuatan
meniti liku-liku kehidupan

Tak dapat kubayangkan
betapa sengsaranya hidup initanpamu disisi
sejujurnya ku tak mampu kehilanganmu

Pasti gelita hidup ini
tertutup segala jalan
pasti tersungkur jatuh berdarah

Jangan ditarik nikmat ini 
sesungguhnya kusyukuri
atas segala yang berlaku
aku pasti kau akan bawaku
mengecap bahagia...